|
Mengurangkan perbelanjaan atau tambah pendapatan?
|
|
10-24-2011, 05:43 PM
Post: #1
|
|||
|
|||
|
Mengurangkan perbelanjaan atau tambah pendapatan?
Dikala harga barang keperluan semakin naik maka kita perlu bijak dalam menguruskan perbelanjaan harian kita.
Dengan kenaikan harga barangan ini kita perlu melihat semula perbelanjaan yg ada sekarang.Kira macam perstrukturan perbelanjaan.Bukan syarikat saja yg perlu pengstrukturan kita juga kena juga.Kita sendiri juga kena jimat untuk matchkan dengan pendapatan yang ada. Contohnya kita boleh jimatkan elektrik, minyak kereta,makan diluar diganti makan dirumah,kalau rasa bil handphone banyak kurangkan. Kalau kita tak boleh nak kurangkan perbelanjaan maka cara yg kedua adalah naikkan pendapatan.Jadi camner nak naikkan pendapatan? Pertama, kalau yg ada Diploma sahaja mungkin boleh start untuk belajar ambil Degree.Bila dah ada degree boleh upgrade gaji yg lebih tinggi. Yang kedua, cari pekerjaan yang memberikan pendapatan yang lebih tinggi dari sediaada.Cara mudahnya tukar keje kalau sanggup. Yang ketiga,kena berniaga kecil-kecilan untuk tampung pendapatan yang ada sekarang.Sekurang-kurangnya ia merupakan usaha yang murni.Silap2 nanti boleh terus berenti makan gaji.Tak de la bergantung gaji kpd majikan.Cuma ada risiko dia turun naik bisnes. Yang keempat, sekarang ramai juga yang menjual barangan secara online especially perempuan dengan jual baju, jual tudung dan macam2 lagi.Jual secara online lagi senang sebab kos rendah,tak perlu jumpa orang,modal kecil, tak perlu bayar sewa...just bayar internet jer..rata-rata kita mempunyai internet dirumah. Kalau tak boleh jual barang fizikal boleh jana pendapatan melalui blog.Ramai juga yg menjana pendapatan dari blog.Kalau tak banyak sekurang2nya boleh tolong bayar bil2 pun dah memadai.Orang kata sambil pun tido duit boleh masuk.Contoh buat duit dengan adsense,buat duit dengan jual barang dilelong,buat duit dengan affiliate dan macam2 lagi.Banyak cara nak jana pendapatan sekrang nie cuma nak dengan tak nak jer.Kalau ada usaha Insyallah ada jalannya. OK.Cukup untuk tips kurangkan perbelanjaan atau tambahkan pendapatan. Semoga berjaya... |
|||
|
« Next Oldest | Next Newest »
|
User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)
Search
Member List
Calendar
Help


